Kelas Multimedia KineMaster

6 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 5 Julai 2020 telah di adakan satu Kelas Multimedia KineMaster yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara menggunakan aplikasi KineMaster dalam menyunting video. Mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi KineMaster tersebut.

Mereka juga boleh menambah teks dan memilih jenis font yang mereka inginkan di dalam video mereka. Setelah diberikan penerangan, mereka diberikan latihan menyunting video dengan mengikut contoh yang telah diberikan. Di akhir kelas,mereka telah berjaya menghasilkan video berdasarkan tema yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali